top of page
10.png

REFLEKSI

Dalam masa untuk menyempurnakan refleksi report ini, saya telah banyak mengenali hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita. Walaupun semasa saya menyiapkan laporan ini dapat rintangan dengan kerja harian yang sibuk. Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu membahagikan masa dengan baik. Di samping itu, tidak terlepas peluang juga saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat belajar untuk menghargai semua prinsip-prinsip perlembagaan yang mana selama ini saya kurang titikberatkan.

Dalam kerja kursus ini, saya dapat mengkukuhkan lagi ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri pembentukan sesuatu etnik di negara kita yang tercinta. Sebagai rakyat tanah air, kita haruslah terus memupuk keharmonian dan perpaduan kerana unsur-unsur tersebut amat penting untuk kejayaan negara kita. Keharmonian kaum harus dijaga setiap kaum harus menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah menerangkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara. Di samping itu, saya boleh menyedari dari Rukun Negara adalah satu panduan untuk kita untuk menghormati dan membina hubungan yang baik antara rakyat.

Melalui kursus ini, saya boleh memahami perbezaan budaya , adat resam dan Bahasa di negara kita .Kerana negara kita terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, India, Cina, Iban, Melanau, Kadazan, dusun, dan sebagainya. Kita juga merayai pelbagai perayaan yang berbeza, menyambut perayaan bersama menjadi satu platform untuk merapatkan jurang antara kaum yang berbeza. Jika berlakunya huru-hara dan konflik antara kaum negara kita akan berada dalam kerugian Maka semua etnik ini hendaklah bersatu padu untuk membina negara yang aman damai dan harmoni. Selain itu, perpaduan etnik akan tercapai sekiranya tiada berlakunya prejudis antara satu sama lain. Saya rasa yang paling penting menyemai semangat patriotik sayangkan negara dan bersemangat dalam membina perpaduan kaum.

Akhir sekali, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur dan berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Kita mestilah mengamalkan ramah mesra and saling berkenalan antara satu sama lain. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik antara kaum dan kita dapat mencapai perpaduan. Melalui cara ini, kesepakatan dan muafakat antara kaum dapat diteruskan.

bottom of page