top of page

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada

masyarakat berbilang kaum. Kaum- kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan tenang dan harmoni.  Oleh kerana penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, perpaduan etnik haruslah dititikberatkan dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara. Oleh itu, semangat perpaduan mestilah diutamakan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menjamin kesepaduan negara dan mengingati bahawasanya kita semua adalah anak Malaysia.

 

Oleh sebab itu, kumpulan ‘S.A.H.A.B.A.T.’ ingin menghasilkan sebuah video yang bertajuk ‘Dompet’ untuk menyampaikan dan mengingatkan masyarakat kini tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Pada penghujung hari, kita semua adalah anak malaysia. Seperti pepatah melayu ada berkata, “bersatu teguh, bercerai roboh” yang bermaksud jika kita ingin mencapai status negara yang maju dan berjaya, semua rakyat haruslah bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Jelaslah bahawa, perpaduan memainkan peranan penting dalam kestabilan yang maju di dalam negara. Selain itu, video yang akan dihasilkan juga bertujuan untuk memberi penekanan akan penerapan nilai- nilai perpaduan seperti bersekutu bertambah mutu yang menegaskan bahawa perpaduan di kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup.


Video yang akan dihasilkan adalah mengenai cerita ringkas perpaduan antara kaum yang berlainan. Nilai yang ingin dititikberatkan adalah perpaduan adalah kekuatan. Cerita ini mengisahkan perpaduan antara tiga sahabat berlainan bangsa yang bermula dengan kisah kehilangan dompet. Ianya bermula dengan seorang pemuda A yang sedang berjalan di kedai-kedai, mencari tempat untuk makan tengah hari. Tanpa kesadaran, dompet pemuda tersebut pula jatuh dari poket seluarnya. Si pemuda A juga meneruskan perjalanannya mencari tempat makan. Malah, ada seseorang yang baru sahaja selesai solat yang melihat dompet si pemuda A yang terjatuh itu dan mencuba untuk mencari tuan dompet tersebut. Setelah si pemuda menjumpa tempat makan, dia makan lalu mahu membayar makanannya dan ketika itu si pemuda A sedar bahawa dompetnya tidak ada di poketnya. Si pemuda A tersebut pula berasa takut dan panik dan seorang lagi pemuda C melihat bahawa dia kelihatan gelisah lalu bertanya kepada si pemuda A itu tentang masalah yang dihadapi. Si pemuda A juga menjelaskan kepadanya tentang masalahnya kepada si pemuda C lalu si pemuda C menawarkan untuk membantu si pemuda A untuk membayar makanannya. Walau bagaimanapun, si pemuda A tidak mahu menirima bantuan tersebut kerana dia merendah dirinya. Si pemuda B yang mencari tuan dompet tersebut juga kemudian terjumpa pemuda A yang sedang dengan pemuda C di kaunter pembayaran lalu mengembalikan dompet tersebut.

PAPAN CERITA

Image by Jonathan Duran

DOMPET

bottom of page