top of page
5.png

REFLEKSI

Sepanjang tempoh masa yang diambil untuk membuat video “Dompet”, saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya tentang ciri-ciri pembentukan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di negara kita.Projek ini juga telah menambahkan rasa kagum saya terhadap tanah air saya. Ia menunjukkan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia, termasuk Melayu, Cina, India, dan lain-lain, boleh hidup secara harmoni antara satu sama lain. Untuk tugasan ini, kami dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri dengan 15 orang. Tugasan yang diberi kepada kami ialah menghasilkan satu video pendek yang bertemakan “KAMI ANAK MALAYSIA”. Jadi, sebelum kami melaksanakan video kami, kami mengadakan perbincangan kumpulan dalam whatsapp dan discord untuk berbincang tentang pemilihan topik dan tajuk. Kami membincangkan idea kami dengan menyuarakan pendapat kami, dan menentukan idea yang ingin diteruskan.Di antara 15 orang dalam kumpulan saya, kami berjaya membahagikan kerja secara adil. Saya diberi tugas untuk menjadi salah satu pelakon yang akan masuk di dalam video dan juga narrator di dalam video ini. Saya amat bersyukur kerana penggambaran video “Dompet” kami berjalan dengan lancar. Selain itu ,projek ini juga menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana sambil saya berlakon cerita ringkas ini saya juga dapat belajar tentang etnik yang lain pada waktu yang sama . Tugasan kumpulan juga merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan, merakam video bersama-sama pengarang dan pelakon yang bersama saya. Kami bekerjasama bagaimana klip-klip itu akan mengalir dari satu sama lain dengan cara yang konsisten. Kami juga memilih muzik terbaik untuk menyesuaikan klip, muzik mengikut kaum dan latar belakang yang berlainan di Malaysia untuk pemandangan yang berbeza yang menonjolkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Akhir sekali, Hubungan Etnik adalah salah satu kelas kegemaran saya kerana ia membolehkan saya memahami lebih lanjut tentang sejarah negara saya dan artinya menjadi rakyat Malaysia. Saya mendapat kawan baru dan dapat membantu dalam penyuntingan filem hebat yang menggambarkan kebersamaan Malaysia. Saya berterima kasih kepadanya kerana banyak mengajar saya tentang erti menjadi rakyat Malaysia dalam kursus ini.

bottom of page