top of page
3.png

REFLEKSI

Selama tempoh menjalani projek ini, saya mendapat pengalaman yang bagus kerana saya amat bertuah kerana saya telah memilih ahli-ahli kumpulan yang proaktif. Semua orang tidak segan untuk berkomunikasi, menukar pendapat dan berkongsi idea masing-masing tentang projek kita. Pembahagian tugas dapat dijalankan dengan lancar kerana semua orang memberi sikap kerjasama dalam menyertai projek ini. Masalahnya hanya timbul apabila para pelakon untuk projek kita hendak dipilih kerana majoriti daripada ahli kumpulan saya tinggal berjauhan daripada negeri Selangor, lokasi kampus. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan kerana ahli-ahli kumpulan yang tinggal di Selangor seramai 6 orang, bilangan yang cukup untuk berlakon dan merakam video untuk projek. Saya juga bersyukur kerana projek ini memberi peluang untuk mengasah kemahiran Bahasa Melayu saya. Saya tidak berkomunikasi Bahasa Melayu dalam bentuk yang standard kerana saya biasa menggunakan Bahasa Inggeris, ataupun ‘Bahasa Rojak’, iaitu campuran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya juga berasa amat gembira kerana memain peranan dalam menyebar kesedaran tentang kepentingan hubungan etnik dengan menyebar projek video kita di media sosial seperti Youtube.

bottom of page